raya datang lagi

hari ni merupakan hari terakhir berpuasa.

eyyhh..aku puasa penuh la taun ni. x payah ganti puasa.

cit! x heran.

haha. sudah lame rasenye x puasa penuh dlm bulan ramadhan..yup!

terasa mcm zaman kanak2 dulu.

sekejap saja masa berlalu. esok dah raya.

juadah raya sudah siap. seperti tahun2 sudah jua. makanan tradisi org Johor.

semalam. mengisi masa senggang dengan menonton tv.
tiba2 layan la cerita kt tv2. itu saja yg menarik pada ketika itu.
aku keseorangan di depan tv. ibu dan ayah tidur. adik tiada di rumah.

cerita tu sungguh menyayat hati. sehingga rasa sebak dan bergenang air mataku. serius!
cerita mengenai 4 orang beradik yang terpaksa melalui kehidupan tanpa ibu bapa.

sedih. bila berkaitan ibu dan bapa.

bersyukur kerana aku dikurniakan ibu dan ayah yang sangat memahami.

selamat hari raya. kepada kedua ibu bapaku. mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang kehidupanku. terima kasih di atas pengorbanan yang tidak terhingga selama ini. semoga kehidupanmu diberkati Allah.

selamat hari raya juga kepada...

  • housemate2 ku
  • rakan2 seperjuangan di UiTM Shah Alam
  • rakan2 di zaman persekolahan
  • rakan2 di alam maya
  • anda yang sedang membaca..=)

mohon segala kemaafan. semoga ceria2 selalu di aidilfitri ini.

selamat hari raya!

3 Responses
  1. aina.mohamad Says:

    selama hari raya too faraley :) Maafkan salah silapku sepanjang kita bersahabat :P


  2. ISMAWARNI Says:

    selamat hari raya jg faraley~
    maaf zahir batin yer~