biarkan saja

esok blk uitm semula.

menghabiskan saki baki pembelajaran sebelum tamatnye semester 5.

ada lebih kurang 4 minggu sebelum final exams.

tapi aku masih lagi duduk tanpa berbuat apa2.

hey si pemalas. x sedarkah yg belajar last minit itu sgt menyakitkan.


semasa raya pertama. satu panggilan diterima.

berita x menyenangkan!

hatiku x tenteram. jiwa x keruan.

ini semua terjadi tanpa relaku.

tapi ini ketentuan. sudah takdirnya begitu.

apakan daya.


berat rasanya utk pulang ke shah alam. kerana ada sesuatu yg menanti. yang aku malas utk berfikir penyelesainnya sekarang.

aku harus tabah. aku harus tenang. aku harus rasional.

dan aku harus belajar....

demi cita2 ku...

doakan kejayaanku..aminn~

raya datang lagi

hari ni merupakan hari terakhir berpuasa.

eyyhh..aku puasa penuh la taun ni. x payah ganti puasa.

cit! x heran.

haha. sudah lame rasenye x puasa penuh dlm bulan ramadhan..yup!

terasa mcm zaman kanak2 dulu.

sekejap saja masa berlalu. esok dah raya.

juadah raya sudah siap. seperti tahun2 sudah jua. makanan tradisi org Johor.

semalam. mengisi masa senggang dengan menonton tv.
tiba2 layan la cerita kt tv2. itu saja yg menarik pada ketika itu.
aku keseorangan di depan tv. ibu dan ayah tidur. adik tiada di rumah.

cerita tu sungguh menyayat hati. sehingga rasa sebak dan bergenang air mataku. serius!
cerita mengenai 4 orang beradik yang terpaksa melalui kehidupan tanpa ibu bapa.

sedih. bila berkaitan ibu dan bapa.

bersyukur kerana aku dikurniakan ibu dan ayah yang sangat memahami.

selamat hari raya. kepada kedua ibu bapaku. mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang kehidupanku. terima kasih di atas pengorbanan yang tidak terhingga selama ini. semoga kehidupanmu diberkati Allah.

selamat hari raya juga kepada...

  • housemate2 ku
  • rakan2 seperjuangan di UiTM Shah Alam
  • rakan2 di zaman persekolahan
  • rakan2 di alam maya
  • anda yang sedang membaca..=)

mohon segala kemaafan. semoga ceria2 selalu di aidilfitri ini.

selamat hari raya!

tag dari ain~

saya mahu menjawab soalan2 yang di-tag oleh ain...

1) Nama timangan anda?

semasa zaman persekolahan, saya lebih dikenali dengan nama panggilan faraley..tp di UiTM rakan2 di sini lebih mesra dengan panggilan far...( kenapa jadi lebih pendek saya pun xtau)..

2) Anda seorang yang...?

saya seorang yang simple, x cerewet...dan cool jer..apa2 pun saya layan...asalkan benda tu betul dan x memudaratkan diri dan orang lain...=)

3) Insan yang teristimewa?

Insan teristimewa di dunia ini ialah kedua ibu bapa yang sangat saya sanjungi...keluarga, sahabat handai dan rakan2 seperjuangan...

4) Lagu kesukaan?

lagu kesukaan saya banyak...yang terbaru ialah lagu 1Malaysia..haha..

5) Makanan kesukaan anda?

saya suka masakan hasil air tangan ibunda saya, char kuey teow goreng pun sodap..cendol pun lazat gak..sape nak belanja boleh hubungi saya di talian maxis ye..nyum2~

6) Sikap yang membuatkan anda stress?

saya sangat stress bila berhadapan dengan orang yang emo x tentu pasal....rilex la..huh~

7) Warna kegemaran anda?

Warna-warni...dan seharusnya merah dan purple...

8) Benda yang mesti ada dalam beg?

semestinya wallet, hp, kunci rumah dan kunci kereta...

9) Kali terakhir anda menangis?

dah lame kot...x ingat bila...huhu


sekian saja..ini sekadar selingan untuk menghiburkan diri sendiri~