5 sahabat..


this is our story. 5 of us. five different characters. five different sizes. five different backgrounds. but we live together. live happily in our own way.

merekalah yg menceriakan hari2 ku semenjak melangkah ke menara gading. dunia penuh dengan gelak tawa. suka duka dilalui bersama.

5 sekawan. bagaimana bertemu??

ini ceritanya....

pada hari pertama aku melangkah ke fakulti kejuruteraan kimia. aku bersama mid. mid merupakan rakan sekuliahku di KMJ. ketika di KMJ tu kami xdala rapat sgt. setakat pandang dan senyum. tapi bila dah dpt sama kos, pergi kuliah bersama. sejak itu aku mula mengenali mid dengan lebih dekat. dan ketika itu juga muncul nya murni kerana dia keseorangan. disebabkan bilik kami berdekatan, kami akan ke kuliah bersama2. sejak itulah kami sentiasa ber3 kemana jua. belajar. makan. lepak. semua bersama.

aku juga selalu lepak bilik murni. kerana bilik dia merupakan sumber novel dan cerita hindustan. aku yg x layan hindustan pun kadangkala terjebak layan. ini semua pengaruh rakan sebaya yg sangat kuat. di situlah aku mula mengenali rosey. rosey ialah hausmate muni dan kwn semasa di KMM dulu. mereka sudah lama kenal.

semasa semester 2, murni sebilik dengan bella. mereka menjadi rapat. aku selalu lepak kat bilik dorang. kenapa?? ( sebab bilik mereka sgt meriah dengan makanan, cerita, dan juga perkara2 yg berunsurkan hiburan..haha opps) dan sejak itu jugalah aku mengenali bella dengan lebih dekat.


dan pada semester 3..kami telah duduk di bawah satu bumbung di seksyen 7. dan ketika itulah aku merasa hidup dilengkapi dengan rakan2 yg macam2 ragam. yg suka bersolek. yang suka tdo. yang perangai kebudak2an. yang x suka mandi malam. semua nya ada.

tapi itu bukan halangan untuk kami tetap bersama. kerja gila. serahkan pada kami. itu memang hobi. lebih2 lagi bila dah abes exam. ada saja plan. tapi itulah kenangan yg akan diingat bila kita sudah mula mengejar kehidupan masing2.

dan sehingga kini kami tetap lagi begini. walaupun jarak memisahkan. tapi dunia serba canggih memungkin segala.

-i love them-



4 Responses
  1. waa..bermakne nmpknye entri ini.hehe


  2. murnimahyum Says:

    ceh....gle sedih entry ko ni...t'haru aku...
    sob...sob...sob...
    love u 2...3...4...5....


  3. bella Says:

    hehe
    rose jgn jeles
    femes pulak nama saya disebot2
    haha

    "dan pada semester 3..kami telah duduk di bawah satu bumbung di seksyen 7. dan ketika itulah aku merasa hidup dilengkapi dengan rakan2 yg macam2 ragam. yg suka bersolek. yang suka tdo. yang perangai kebudak2an. yang x suka mandi malam. semua nya ada"

    tak de dimksudkan dlm ayt diats kn?
    hahaha


  4. ISMAWARNI Says:

    bella mst yg xsuka mndi mlm tu kan.hohhoh.=P