dunia oh dunia

dunia ini sepi. seperti ada yg x kena. itu yg di rasa sejak kebelakangan ini. mengapa? usah di tanya. kerna aku juga tiada jawapan yg pasti. yang boleh merungkai segala persoalan di hati.
Perjalanan di dunia ini tidak lari dari dugaan dan cabaran yg perlu ditempuhi. suka atau tidak. itulah lumrah hidup. yang kadangkala memerlukan at least sedikit pengorbanan. rela atau tidak. itulah tuntutan hidup. dunia oh dunia. segalanya sudah tertulis.

manusia sering lalai. alpa dan leka. dan aku hanyalah insan biasa. pasti pernah ada kesilapan yg dilakukan. sengaja atau tidak. itu bukan kehendak. orang kata kesilapan membuat diri kita lebih matang. mungkin ya. persepsi masing2. tapi yg pasti pengalaman juga membuat kita bersedia untuk menghadapi hari2 yang mendatang.

muhasabah diri. itu yang terbaik. merenung kembali segala kesilapan yg dilakukan. berfikir kembali apa yang tersirat di sebalik tersurat. meneliti semula apa yang ada di sekeliling kita. semua itu pasti ada hikmahnya. hanya kita yang tidak mahu berfikir. fikirlah manusia. renungkanlah.

tidak semua yang kita nak akan sentiasa dapat. tidak semua yang kita suka akan menjadi milik kita. tidak semua yang kita impikan menjadi realiti.

Dunia, berikanlah ruang utk aku berfikir. menjalani kehidupan yang dikurniakanMU seadanya. Mencari apa yang harus ku cari.

5 sahabat..


this is our story. 5 of us. five different characters. five different sizes. five different backgrounds. but we live together. live happily in our own way.

merekalah yg menceriakan hari2 ku semenjak melangkah ke menara gading. dunia penuh dengan gelak tawa. suka duka dilalui bersama.

5 sekawan. bagaimana bertemu??

ini ceritanya....

pada hari pertama aku melangkah ke fakulti kejuruteraan kimia. aku bersama mid. mid merupakan rakan sekuliahku di KMJ. ketika di KMJ tu kami xdala rapat sgt. setakat pandang dan senyum. tapi bila dah dpt sama kos, pergi kuliah bersama. sejak itu aku mula mengenali mid dengan lebih dekat. dan ketika itu juga muncul nya murni kerana dia keseorangan. disebabkan bilik kami berdekatan, kami akan ke kuliah bersama2. sejak itulah kami sentiasa ber3 kemana jua. belajar. makan. lepak. semua bersama.

aku juga selalu lepak bilik murni. kerana bilik dia merupakan sumber novel dan cerita hindustan. aku yg x layan hindustan pun kadangkala terjebak layan. ini semua pengaruh rakan sebaya yg sangat kuat. di situlah aku mula mengenali rosey. rosey ialah hausmate muni dan kwn semasa di KMM dulu. mereka sudah lama kenal.

semasa semester 2, murni sebilik dengan bella. mereka menjadi rapat. aku selalu lepak kat bilik dorang. kenapa?? ( sebab bilik mereka sgt meriah dengan makanan, cerita, dan juga perkara2 yg berunsurkan hiburan..haha opps) dan sejak itu jugalah aku mengenali bella dengan lebih dekat.


dan pada semester 3..kami telah duduk di bawah satu bumbung di seksyen 7. dan ketika itulah aku merasa hidup dilengkapi dengan rakan2 yg macam2 ragam. yg suka bersolek. yang suka tdo. yang perangai kebudak2an. yang x suka mandi malam. semua nya ada.

tapi itu bukan halangan untuk kami tetap bersama. kerja gila. serahkan pada kami. itu memang hobi. lebih2 lagi bila dah abes exam. ada saja plan. tapi itulah kenangan yg akan diingat bila kita sudah mula mengejar kehidupan masing2.

dan sehingga kini kami tetap lagi begini. walaupun jarak memisahkan. tapi dunia serba canggih memungkin segala.

-i love them-