Berani berpada-pada

Jumaat lepas...kecoh di universitiku...vice canselor mengumumkan cuti seminggu kerana virus h1n1 yang semakin merebak..

pada tengah hari itu juga..aku menerima panggilan daripada ayahanda....

"universiti cuti seminggu kan? bila nak balik?"
"aah.maybe isnin baru balik. sebab weekend ade induction engineering."

induction? semacam pengalaman yang seronok. mungkin akan ku ceritakan di lain entry. bukan entry kali ini.

Ahad malam selepas tamatnye induction. keinginan melonjak2 untuk terus pulang ke rumah tetapi badan dan mata minta direhatkan buat seketika. aku pun pulang sebentar ke rumah sewa dan merehatkan diri buat beberapa detik sementara menunggu rakanku mengemas barang.

"sey, nanti kejut aku pukul 2 eh. kita gerak kol 3 pagi."
"ok"

aku dan rakan akan pulang bersama2. tetapi dia akan turun di suku perjalananku dan dijemput oleh ayahandanya. oleh kerana pukul 3 pagi, tidak banyak kenderaan di tengah lebuh raya.

"far, lajunye ko bawak."
"kereta x banyak."

bukan itu sebab utamanya. tetapi untuk formula memandu bagi aku ialah
pandu laju = x ngantuk
(boleh diguna hanya pada waktu malam dan di lebuhraya sahaja. tapi kalau kena saman bayar sendiri!)

itulah sebabnya. kerana sudah lebih 24 jam mataku berjaga! tiada rehat walau seminit.

sesudah aku menurunkan rakanku di "simpang ampat", aku pun meneruskan perjalanan berseorangan pulang ke johor bahru.
yup! berseorangan di pagi yang dingin. tanpa pengetahuan ayah dan ibu.
terpaksa ku diamkan hal ini. kalau tidak. mahu kena ceramah!
(kalau mak aku ni blogger...mati aku!!)


baru beberapa minit meneruskan perjalanan berseorangan dengan kadar yang melebihi had laju, tiba2 ada sebuah van yang menyalakan lampu dari dalam dan mengekori sebuah kereta di hadapannya. lantas aku memperlahankan kenderaan kerana semaca pelik melihat situasi itu dari jauh.

dan tiba2 darahku berderau!!!

aku melihat keranda di dalam van itu dan aku keseorangan di dalam kereta di jalan yang gelap dan tiada lampu. hanya mengharapkan lampu kenderaanku dan kenderaan van itu. ada beberapa orang yang mengelilingi keranda itu dan membaca ayat2 Al-Quran ( melalui gaya dan tingkah laku orang2 di dalam van itu)

Astaghfirullah...aku berselawat dan terus memecut meninggalkan van itu jauh.

huh~

itulah lumrah manusia. yang hidup pasti akan mati.itu pasti!

lantas aku mematuhi had laju yang dibenarkan. ingatlah orang yang tersayang~
4 Responses
  1. faraleeyyy...
    aku seram sejuk je bace entry ko nih.aduuhh


  2. bUdaKhEbaT Says:

    huaaa...
    aku lg la..
    x tgambar perasaanku di kala itu..huhu


  3. aina.mohamad Says:

    kalau aku dh nanges dah ketakutan.


  4. lenkali jgn balik sorg2 ye..ajakla aku ke..=p