Negeriku
Hari ini aku dan ibu menjadi tourist guide. Seorang kenalan ibu dari Sabah datang ke Johor Bahru untuk menghadiri mesyuarat selama 3 hari. Dikesempatan itu juga kami telah membawa beliau mengelilingi bandaraya Johor Bahru. Lewat petang tadi kami telah mengambil beliau di Hotel Tropical Inn yang terletak di tengah2 bandaraya lalu membawanya menikmati keindahan bandaraya Johor Bahru di waktu petang dan malam. Semasa sedang asyik bercerita, terdetik dihatiku bahawa bandaraya ini sebenarnya sangatlah indah dan mendamaikan. Landskap yang di bentuk menghidupkan lagi bandaraya ini. Mungkin faktor berjiran dengan Singapura membuatkan bandaraya ini maju dengan pesat sekali untuk membuktikan bahawa Malaysia juga setanding dengan Singapura.
Johor merupakan negeri di mana tempat tumpahnya darahku...negeri kelahiranku. Aku dibesarkan di sini sehinggalah kini. Ibu dan ayahku juga dahulunya membesar disini. Atuk dan nenek juga masih menetap disini.
Negeri ini sangatlah istimewa bagiku. Kerana disinilah aku mengenal dunia. Apa yang menarik di Johor ini bukanlah sekadar pada tempatnya sahaja. Bahkan bagiku disinilah jua "food heaven'. Mungkin anda yang sedang membaca berkata di dalam hati.."ala boleh la puji...negeri sendiri". Tetapi cubalah anda datang ke sini dan menikmati makanan yang ada di sini. Nanti anda akan akur jua dengan penyataanku di atas..mungkin!..
Inilah antara paparan bandaraya Johor Bahru yang sempat ku titipkan buat kalian...
Marilah melawat Johor Darul Takzim..sebuah negeri di selatan tanah air..
wahhhh~
jb!
sgt merinduinya....
bilalah aku akn kembali ke jb smula...
mkanannyer mmg sgt sedap2 belaka...
irresistable!
nyum2~
kotakhati to budak hebat :-
Wah!!
tahniah kerana berjaya menjalankan tugas sbgai tourist guide dgn jayanya..
melihatkan pada gambar-gambar tersebut,banyak tempat yg kamu bawa tourist tuh ye..
uhu..syabas itu ibu kamu juga..
Negeri Johor Darul Takzim..
saya pun anak johor juga..
heeeeeee~
;)
sesungguhnya ak blom pernah smpai jb! :(( faraley,bile ko nk jmpt ak dtg rmh ko?
sayangnyee laa ko kt jb nih