Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah

Tak Pernahkah Kau Berfikir

Sedikit Tentang Hatiku...



Mataharimu


Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.


Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.


Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.


Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.


Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.


Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.


Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya….



LoVE iS THe oNLy FrEedOm In tHe WOrLd bEcAUse IT sO EleVAtEs tHe SPiRit tHAt ThE LawS OF HuMaNIty AnD tHe PHeNomeNA oF naTUre DO NoT aLtEr itS CoUrSE.

kasihan

jam menunjukkan 11.45 mlm. hari isnin.

telefon bimbitku berdering.

"buka pintu. abang dekat luar".

aik?? kenape tiba2 balik.x bagitau pun. patutnya ada kat bangi. tgh shortsem.

aku pun keluar dari bilik dan turun ke bawah.

pintu rumah.grill.gate.semua sudah berkunci.terpaksa ku buka satu persatu.

"kenapa balik??"

senyap.....tanpa jawapan.

Diangkat sedikit tangannya ke arahku.

sebahagian lengannya berbalut. erk??!!

"kenapa tu??"

senyap....tanpa jawapan.

ok.abaikan. terus berlalu dan masuk ke bilik semula.sambung maen facebook.


selasa.sedang duduk2 bersama ibu.

"kenapa dengan tangan abang tu??"

"kena kelar.ada orang nak rompak dia."

"hah??!!!"

MasyaAllah.kasihan.

result sem 4

*tok*tok*

pintu diketuk. di kala itu aku baru ingin mandi. baru lepas pulang dari Angsana.

nape qi??
result dh kuar kan. akak dah cek?
owh yeke.x cek lagi.
gla cek skrg. tgk dekat mini transkrip.

ewahh..dia pulak yg excited lebih. kerana aku dan adik sama universiti..tentulah result kuar pada masa yang sama. dan dia telah tahu lebih awal daripadaku.

aku pun terus mandi dengan hati yang kurang tenteram. sesudah selesai..laptop terus dibuka.

id number dan password ditekan satu persatu.

klik mini trankrip.

roll ke bawah.

......................hummmm.................................


syukur alhamdulillah. tapi kenapa lab aku B+ je.ceh!
ni mesti report aku yg buat ala kadar je dulu.padan muka.hah.

terima kasih kepada Dr Robert Mikhail. kerana dia aku berusaha menjawab paper "instrumental chemistry" dengan sedaya upaya. kerna dia sangat baik dan sanggup memberi tunjuk ajar hingga ke saat2 terakhir.hasilnya. Alhamdulillah. thanx Dr M!

begitu juga dengan lecturer2 yg lain. terima kasih. jasamu akan ku kenang.

tidak lupa kepada rakan2 seperjuanganku. Anda juga yang terbaik.

Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

someone once told me, "it doesn't matter that u get a good result or not. the most important is, u achieve ur target or goal".

yup.setuju!

Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.


Negeriku

Hari ini aku dan ibu menjadi tourist guide. Seorang kenalan ibu dari Sabah datang ke Johor Bahru untuk menghadiri mesyuarat selama 3 hari. Dikesempatan itu juga kami telah membawa beliau mengelilingi bandaraya Johor Bahru. Lewat petang tadi kami telah mengambil beliau di Hotel Tropical Inn yang terletak di tengah2 bandaraya lalu membawanya menikmati keindahan bandaraya Johor Bahru di waktu petang dan malam. Semasa sedang asyik bercerita, terdetik dihatiku bahawa bandaraya ini sebenarnya sangatlah indah dan mendamaikan. Landskap yang di bentuk menghidupkan lagi bandaraya ini. Mungkin faktor berjiran dengan Singapura membuatkan bandaraya ini maju dengan pesat sekali untuk membuktikan bahawa Malaysia juga setanding dengan Singapura.


Johor merupakan negeri di mana tempat tumpahnya darahku...negeri kelahiranku. Aku dibesarkan di sini sehinggalah kini. Ibu dan ayahku juga dahulunya membesar disini. Atuk dan nenek juga masih menetap disini.




Negeri ini sangatlah istimewa bagiku. Kerana disinilah aku mengenal dunia. Apa yang menarik di Johor ini bukanlah sekadar pada tempatnya sahaja. Bahkan bagiku disinilah jua "food heaven'. Mungkin anda yang sedang membaca berkata di dalam hati.."ala boleh la puji...negeri sendiri". Tetapi cubalah anda datang ke sini dan menikmati makanan yang ada di sini. Nanti anda akan akur jua dengan penyataanku di atas..mungkin!..


Inilah antara paparan bandaraya Johor Bahru yang sempat ku titipkan buat kalian...




Bandaraya Johor Bahru




Pemandangan Johor Bahru dari Pantai Lido





Suasana petang di tengah kota




Stesen Keretapi Johor Bahru





Masjid Sultan Abu Bakar

(Masjid Negeri)





The Zone Johor Bahru





Kompleks CIQ Johor Bahru







Jalan CIQ menuju ke Singapura







Tambak Johor





Tambak Johor ( kawasan Malaysia)




dan inilah mercu tanda keindahan Johor Bahru.....


















Marilah melawat Johor Darul Takzim..sebuah negeri di selatan tanah air..

hanya kenangan

pada asalnya ialah ingin mencari sesuatu di dalam kotak ini. tiba2 terpandang akan kotak ajaib yang sudah lama tersimpan di dalamnya. hati tergerak untuk membukanya. tangan pun segera mencapai kotak 'trasparens' itu lalu duduk di atas katil dan membukanya. satu demi satu dibelek dan dibaca.haha.hanya mampu tergelak sendiri. itu semua hanyalah kenangan di zaman persekolahan.bila sebut pasal zaman sekolah.memang banyak ceritanya. kadang2 bila teringat kembali..mulalah terfikir "kenapalah jadi camtu dulu"...tapi itu semua sudah berlalu.pasti ada kenangan disebaliknya.ada suka.ada duka.ada gembira.ada sedih.ada gelak tawa.ada kecewa.dan itulah realiti kehidupan. di zaman itulah aku mengenal erti hidup.perlunya berdikari apabila berjauhan dengan keluarga. perlunya berusaha untuk mencapai sesuatu yang diingini. perlunya kekuatan untuk mengharungi cabaran.perlunya pengorbanan untuk memuaskan hati semua pihak.disitu juga aku mengenal erti persahabatan. di mana sahabat amat diperlukan untuk mengisi ruang hidup yang serba mencabar.segalanya dilalui bersama.tetapi di mana ada pertemuan,di situ ada perpisahan. sahabat kini masing2 sedang mengejar cita2 untuk mendapat kehidupan yang lebih berjaya.begitu juga aku.insyaAllah.dan di situ juga aku tidak terlepas untuk mengenal erti cinta.haha.sukar untuk diungkapkan.biarlah ia kekal dalam memori ingatanku sahaja. tapi apa yang pasti, zaman persekolahan adalah yang terindah untuk dikenang.
disinilah tersimpannya segala khazanah sewaktu zaman persekolahan termasuk kotak ajaib


- kotak ajaib-
haram bagi yang laen membukanya..its my privacy!




-kandungan kotak ajaib-
inilah sebahagian dari memori silamku..


andai dapat ku undurkan masa, mungkin akanku ubah aturan hidupku supaya menjadi lebih baik.tapi itu tidak mungkin berlaku.biarlah ia berlalu dan hidup perlu diteruskan...hidup ini seperti roda..sometimes up..sometimes down...winks~

kehebatan Pencipta

masjid yang tidak musnah dek gempa bumi


pokok yang menyerupai orang sedang ruku'


terung yang mengandungi tulisan bismillah


tomato yang tertera kalimah Allah

lebah yang membentuk kalimah Allah

badan ikan menunjukkan kalimah Allah
kalimah Allah pada daging

telinga bayi yang membentuk kalimah Allah

batu yang terukir kalimah Allah

awan yg membentuk khalimah Allah