setelah lame menghilang dan menyepi.
entah kenapa malam ini terpanggil utk mencoret rasa hati di sini.
rasa yang entah dari mana muncul setelah bangkit dari tidur yang sekejap.

lumrah manusia. kadangkala rajin kadangkala malas.
tapi percent malas aku lagi tinggi dari rajin.
sebab tu post kat blog ni macam chipsmore.
tapi ape nak kesah.
sebab aku hanya akan menulis bila rase nak menulis dan berkongsi tu ade.
dan ia hanya akan datang bilamana aku rasa untuk meluahkan sesuatu.

kau percaya pada takdir? qada' dan qadar?
ketetapan Allah sejak azali?
kalau x percaya ape akan jadi?
cakap mcm orang xde iman la kan.

takdir yang sinonim..
hidup mati.
jodoh pertemuan.
tapi ingat.
kita juga bisa mengubah takdir.

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

doa.
itu yang terbaik.
untuk ape sekalipun.
berdoalah kerana Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya.


aku juga ingin berdoa.
mengharapkan yang terbaik dalam hidupku.
mengharapkan pengakhiran yang sempurna sebagai manusia dipenghujung hayatku.
dan mengharapkan yang terindah juga di alam seterusnya,

Tetapi sekiranya sudah berhabis daya tapi masih hajat tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang..














0 Responses