jalan2 sampai penat


"wanie, esok nk gi mane?? ko kan kaki jalan..haha"


"entah la..gi alamanda nak?? aku x pernah gi sane.."


"owh..ok tp aku x sure jln..tp bole jer..esk kte gi sne. nnt ko komfemkn dgn yg laen k."


setelah berjaya 'deal' dgn mereka..akhirnya alamanda menjadi tmpt pertemuan kami.


hari itu hari rabu bersamaan 27/5/09..mlsnya nk bgn di awl pagi...tp disebabkn sudah berjanji..maka haruslah ditepati...agenda yang harus dilakukan sebelum menuju ke alamanda ialah mengambil wanie di sunway college..


perjalanan diteruskan ke alamanda.muka mmg konfiden walaupun x tahu jln.yehh.


akhirnya, tanpa sesat kami pun tiba di alamanda. dan lbh bangga bila kami tiba lebih awal drpd rose.haha well see the driver la...


berdiri di depan mcD sambil menunggu ketibaan rose dan dayah. perut sudah menyanyi minta diisi.


sampai2 je rose, dia terus ajk ke carrefour. nk beli bangku katenye. lyn jela. mentang2 lps ni duduk rumah selama 8 bulan (praktikal). mulalah segala kehendak bilik dipenuhi.


"eyh, aku nk simpan bangku ni kt kereta dulu. korang gi la decide nk mkn ktne. nnt msg ak. wanie, ko ikut aku eh."


tempat pilihan -----> food court je. tiada keinginan utk mkn fast food ketika itu.


selesai kami bertiga mkn...rose dan wanie tak muncul2 lagi. jauh sgt ke park kereta tu.haih.

kami pun terus menunggu.


mereka tiba jua di food court. dengan membawa beg plastik! sempat shopping nmpk. rs x puas hati timbul dgn mendadak.bkn nak ajak.haha.mereka beli kasut. ade clearance stock katenye. ok, lepas ni nak gi tgk gak.


singgah di kedai kasut ( x igt ape name kedai). puas mencuba. x beli gak.tiada yg berkenan.huhu cerewet!


"eyh, jom gi berhibur nak??"


" nak. jom2..kalau nk pusing2 je kt sni bsn la. xde pape."


"ok. tp try cari tempat dulu la"


setelah jumpa tempat yg dicari...kami x terus masuk. solat tetap diutamakan. alhamdulillah.


barulah boleh berhibur dgn tenang.haha. x ingat dunia. sgt penat dan best.


sudah penat berhibur.mula mencari air.haus! dan akhirnya lepak sebentar di aunti anne. mengisi perut lagi.


"eyh, macam mana aku nk blk nnt??" dayah bersuara.


"xpela, nnt aku hantar ko blk smp rumah."


destinasi selepas alamanda ialah ke rumah dayah. igtkan sekejap je nak singgah. aleh2 sampai ke mlm br blk. mcm2 yg kami buat. seronok.


oleh kerana kami tidak biasa dengan bandar baru bangi dan tidak mengetahui jln utk keluar ke higway, ayh dayah dgn rela hati menunjukkn jln yg bnr. kerana terlalu penat, signal ayh dyh salah ditafsirkan oleh wanie dan edah. ayhnya menghulurkn tgn keluar tingkap bertujuan utk meminta kami berhenti sebentar sblm pulang krn ada sesuatu yg ingin diberi. tetapi wanie dan edah menyangka yg ayhnya berbuat demikian adalah utk meminta kami meneruskn perjalanan. haha. lucu.


perjalanan pulang berjalan dgn lancar. wanie telah pulang ke kolej dan kami pun pulang ke sh alm semula.


apa yg boleh dikatakn pada hari itu.


SERONOK . PENAT. X SESAT LANGSUNG!!!!


heee...smoga dpt jumpa kalian lagi di lain waktu..insyaAllah.





ragam kehidupan....

ZAMAN BERKEMBAR

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu.

Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


I AM SORRY


Sam Wan : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator : Yes, you can speak to me.

Sam Wan : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator : You are talking to someone! Who is this?

Sam Wan : I’m Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It’s urgent.

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what’s this urgent matter about?

Sam Wan : Well…just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan(no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone)is on his way to the hospital.

Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then theaccident isn’t an urgen t matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Sam Wan : You are so rude! Who are you?

Operator : I’m Saw Lee (Sorry).


HOW ARE YOU

PM Jepun, koizumi akan bertemu dengan Bill clinton. kerana bahasa inggerisnya tidak lancar, ia memanggil penerjemahnya untuk minta petunjuk ayat-ayat pendek yang biasa diucapkan pada upacara sambutan perayaan.

Penerjemah: “Sebelum berjabat tangan ucapkan : how are you? setelah itu presiden clinton akan mengucap kan suatu ayat, biasanya ia akan mengucapkan i am fine, mengangguk lah seolah anda mengerti. Setelah dia selesai bicara tutuplah pembicaraan dengan : me too. Selanjutnya biarlah saya yang mengurus pembicaraan bilateral.”

Sesampainya di rumah putih Bill clinton telah menunggu untuk upacara kenegaraan.

Koizumi : (karena kurang fasih inggris nya) “Who are you ?”

Bill clinton(agak terkejut): “Im hillary husband”

Koizumu : “Me too…”

Bill Clinton : ???!!!!?????!!!!


BAPAK BUAT SILAP MATA


Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."


AN EMAIL FOR BILL GATES FROM THE INDIAN CUSTOMER

From : Mr. Suresh Singh of Tamil Nadu, India
To: Mr. Bill Gates of Microsoft
Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,
We have bought a computer for our home and we have found someProblems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button ’start’ but there is no ’stop’ button. We request you to check this.

2. We find there is ‘Run’ in the menu. One of my friends clicked ‘run’ he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to ’sit’, so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any ‘re-scooter’ is available in system? I find only ‘re-cycle’, but I own a scooter at my home.

4. There is ‘Find’ button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ‘ find’ button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt ‘Microsoft word’ now he wants to learn ‘Microsoft sentence’, so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows ‘MY Computer’: when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says ‘MY Pictures’ but there is noteven a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is ‘MICROSOFT OFFICE’ what about ‘MICROSOFT HOME’ since I use the PC at home only..

9. You provided ‘My Recent Documents’. When you will provide ‘My Past Documents’?

10. You provide ‘My Network Places’. For God shake please do not provide ‘My Secret Places’. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

11. Why is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS.

Regards, Suresh


DUA ORANG KAYA DAN PEMANDUNYA


Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."

Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."

King Kong pun menjawab dengan sopan," Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya," Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau."

Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"

Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.

Tidak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,

King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"


MALAS KE SEKOLAH


Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur.Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!????!!!!!


DIALOG DUA HANTU


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.


SELAMAT PAGI CIKGU


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

....................

[tiada subjek]

hari ini sudah genap 2 minggu saya berada di rumah setelah tamat semester 4 yang lalu...terasa sekejap masa berlalu. baru saat ini tergerak hati untuk menulis coretan..kerana blog ini sudah berubah wajah!! yeahh...akhirnya dapat juga saya repair blog yang tidak berapa nak vogue ni..bosan bila melihat wajah blog yang sama saban hari...hehe..waktu cuti inilah kesempatan yang terbaik untuk melayari internet sepuas-puasnya...24/7 dengan laptop kesayangan yg cute ni ( walaupun berhabuk sedikit..kerana terbiar beberapa minggu lalu untuk memberi laluan kepada peperiksaan)..tapi sekarang laptop inilah peneman hari-hariku...dulu kamu wahai laptop..amatlah lembap macam siput bila berfungsi...tetapi sekarang kamu pun sudah berubah sikap...fast&furious..haha...kerana kamu telah diberi suntikan dari klinik untuk menguatkan antivirus dalam badan di samping menambah ram untuk menampung berat badan kamu yang sudah overweight itu...saya sayang kamu wahai laptop..jangan buat hal lagi ok!...hehe...saya tidak suka menghitung hari ketika berada di rumah kerana biarlah hari-hari berlalu dengan seadanya..mungkin setakat ini coretan saya untuk kali ini...bertemu di lain hari....salam

live well or live hell?? you choose..

Allah tidak membebankan hamba-Nya dengan ape yang dia tidak mampu.

Al-Ankabut (29:2) : Adakah mereka merasakan mereka telah beriman sedangkan mereka belum diuji?

Ayat ini dipegang untuk mengubat luka pabila diriku di uji. When faith is put as test. sesungguhnya Allah bersama2 org yang sabar.

hidup x selalunya indah
x selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun
duri-duri tetap ada
kadang2..calamity tu datang dan waktu tu rasa macam kene gelek ke bumi dek ahli sumo
tapi walau macam mane pun..ingat ape yang Dia selalu pesan
Allah takkan bebankn hamba-Nya dengan ape yang dia x mampu

Kami tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (daripada kebajikan) yg diusahakannya dan ia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya. (Meereka berdoa) : ' Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yg amat berat sebagaimana Engkau bebankan kepada org2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang x sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum kafir." (al-Baqarah:286)

Dan bila kita rasa sungguh2 x lalu dan wishing for penamat hayat.....
Pun Allah bagi cara2 nak menghadapi.

Rasulullah bersabda: None of you should long for death because of a calamity that had befalled him; and if he cannot, but long for death, then berdoalah, " Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me.

tapi janganlah kita mendoakan supaya mati cepat...humm ini kalau things are too much to bear...Mohonlah pada Allah supaya dilapangkan dan dipermudahkan segala urusan.
Allah itu dekat.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-KU, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berdoa dalam kebenaran. (al-Baqarah:186)

No matter what, no matter when, no matter when it doesn't at all make sense, DO NOT leave you Love Letter's Compilation ( kita punya the Ultimate Life Manual, the Quran). It is the last thread to sanity even if everything else failed.

Life breaks us all, but in the end, we are stronger in the broken places.

dan....

things are easier said than done...
berat mata memandang..berat lagi bahu memikul...

tetapi...

Yakinlah pada Dia....

Live well or live hell??? you choose...

Thanx to "Rooftop Rant"....