setelah lame menghilang dan menyepi.
entah kenapa malam ini terpanggil utk mencoret rasa hati di sini.
rasa yang entah dari mana muncul setelah bangkit dari tidur yang sekejap.

lumrah manusia. kadangkala rajin kadangkala malas.
tapi percent malas aku lagi tinggi dari rajin.
sebab tu post kat blog ni macam chipsmore.
tapi ape nak kesah.
sebab aku hanya akan menulis bila rase nak menulis dan berkongsi tu ade.
dan ia hanya akan datang bilamana aku rasa untuk meluahkan sesuatu.

kau percaya pada takdir? qada' dan qadar?
ketetapan Allah sejak azali?
kalau x percaya ape akan jadi?
cakap mcm orang xde iman la kan.

takdir yang sinonim..
hidup mati.
jodoh pertemuan.
tapi ingat.
kita juga bisa mengubah takdir.

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Tirmizi)

doa.
itu yang terbaik.
untuk ape sekalipun.
berdoalah kerana Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya.


aku juga ingin berdoa.
mengharapkan yang terbaik dalam hidupku.
mengharapkan pengakhiran yang sempurna sebagai manusia dipenghujung hayatku.
dan mengharapkan yang terindah juga di alam seterusnya,

Tetapi sekiranya sudah berhabis daya tapi masih hajat tidak dipenuhi, berserah dan redhalah kerana ianya adalah ujian yang datang dari Allah dan beringatlah Allah Maha Penyayang..














JB - Shah Alam

Tomorrow i will leaving JB and go back to Shah Alam.

ohh but just for one week.

to settle out certain things as well as preparation before National Chemical Engineering Symposium begin this Friday.

This event will held on 3rd, 4th, and 5th dec 2010 in UiTM Shah Alam.

hope everything will going smoothly.

Amin..

Restoran Jumpa Lagi!

ahaa..ni nak citer pasal raye aidiladha minggu lepas hehe raya kali ni turn makcik pakcik utk balik ke johor yer..yela every year mesti la ikut giliran nak balik mane kan. diorang ni kalau balik johor mesti ala-ala jalan2 cari makan. sume benda nak makan. heyy2 korang tau x raye ni x byk kedai bukak huhu makanan yang wajib diorang cari macam mee rebus, murtabak singapore kat area Sg Chat tu, otak2, dan nasi beriani. masa raya kat rumah mak long dah masak nasi beriani, so dah tercapai misi dorang yang pertama. Keesokan harinya, diorang ni menginap kat umah saye. Rumah saye ni beberapa tapak je dari Plaza Angsana yg ade jual mee rebus hj Wahid tu, so dptla jugak dorang menyantap mee rebus sebagai mkn petang. eyyy makan je keje. xde keje laen ke kalau balik johor..ish3..


Di suatu hari sebelum mereka pulang, kitorang sefamily bawak mereka makan ke restoran ayah di Jalan Ibrahim, Johor Bahru. Ye rakan2..sape2 yg rase nak makan nasi padang bole la datang ke restoran ni..tapi bukak ala2 waktu pejabat je ok. al-maklum la terletak kat tengah2 bandar, main customer pun mestila pakcik2 makcik2 abang2 kakak2 yg keje kat area bandar..

Antara menu yang kitorang santap pada waktu tengahari yang lapar ialah ayam percik, sup+begedil(x igt sup ayam ke daging hehe), ayam bakar resepi atuk, asam pedas, telur dadar special (resipi dirahsiakan) dan laen2..( x taw name sebenarnye :p)..


haaa...ni sume muke kekenyangan..selera btul budak2 kecik ni makan. mengalahkan orang2 tua..xpela tengah membesarkan.. sile2 makan.. :p



ishhh... yang baju putih ni sebok dengan iphone 4 nyer..canggih la tu kunun..( yer2 memang canggih pun. sila admit sekarang huu)


yaaa...ni la the winner of the day...ehh2 bukan saye taw..yang sebelah tu..ye sebelah tu.. budak kecik yang berumur 6 tahun tu..wooo banyak nye dier mkn..before datang da makan eskrim mcD.. pastu kamu melantak asam pedas semangkuk sorang2 yer..abes ikan 3 ekor kamu bedal..hayoyo tp xpe...makan free kan..layan jela..makan lagi~

bes kan balik johor..macam2 ada.. makan la sampai muntah pun xpe. xde maknenye nak diet kalau dorang balik sini..rugi2 huhuhu

ehhh jap2.. makan untuk hidup ke hidup untuk makan? lupe la wahahaha bye!


nak tunggu weekend


Isnin lepas Johor cuti sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor.. so maknanya cuti
raya aidiladha kat sini lama la..dari hari rabu sampai hari isnin ( bagi sesiapa yg cuti ari kamis
dan jumaat la hehe).. bila weekend da puas menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit, isnin
duduk la terperap kat rumah..

bila dah petang...

adik : kak, bosan la. jom pusing2.

akak yg baik : gi mane?

adik : ntah..jusco nak?

akak yg baik : jom~


ktorang pun menghala la ke jusco tebrau..sesampai je di sane....

wahhhh SALE! SALE! kiri kanan SALE!

*kecing* rambang mata jap..macam nak beli sume benda..

ohhh menyesalnye x bawak ibu same..kalau x bole mintak subsidi hehehe

oleh kerana pergi tanpa dirancang..fulus pun x banyak la haishhh

tapi....sempat gak cekup satu dua barang...yeayy~

so..nak tunggu weekend ni.. kot2 sale x abes lg heee :D


p/s : masa raya sempat curik2 masa tgk wayang..skyline..dah orang belanja layan jela huhu

rate - 3/5 :D

wajah baru semangat baru

hoyeahh hoyeahhh

welcome back budakhebat!!!

saya sudah bertukar wajah dan kembali menceriakan hidup anda dan diri sendiri haha~

sekarang tengah cuti semester. cuti terakhir sebagai seorang pelajar.wahhhh

so let's enjoy the holidaysssss..

chowww~


p/s : mari menjadi anak mithali dengan menguruskan hal rumahtangga ;p

sempena Hari Ibu

Selagi hayat ada ... Bahagiakan IBUBAPA..


Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
'Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,'beritahu pegawai itu lagi.
'Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,' janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.
Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.
'Pah... oo..Pah!' teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.
'Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?' tanya Mak Pah.
' Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, ' cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri. 'Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.'
'Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat- lewatnya minggu depan.'
'Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.' Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.
'Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.' Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.
'Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kitaberunding,' cadang Pak Uwei. 'Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak.' Mak Pah tidak bersetuju denganrancangan Pak Uwei.
'Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.' Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.
'Tapi bang?... '
'Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak-budak tu,' pintas Pak Uwei sebelum MakPah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.
'Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan balik sama?' tanya Balkis.
'Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ,' balas Pak Uwei.
Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.
'Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.' Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.
'Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.Kerja kilang pun bukannya haram.' bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.
'Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?'
'Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah.' Intan cuba membuat abahnya faham.
'Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!'
'Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel katbelakang,' balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada abahnya.
'Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!!'
Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.
Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang tamu.
'Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit,' Pak Uwei memulakan bicara.
'Hajat apa pula abah?' tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.
'Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,' Pak Uwei mengutarakan hasratnya.
'Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,' ujar Muaz.
'Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.'
'Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,' jawab Muaz serba salah.
'Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?' tanyaPakUwei melindungi kekecewaannya.
'Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak- budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga,' sampuk Mira isteri Muaz.
Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. 'Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti,' Pak Uwei berpaling Pada Balkis.
'Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.'
Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.
'Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh.Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duitpinjaman.'
'Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,' sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.
'Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,' Mak Pah bersuara cubameredakan keadaan.
'Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?' Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal. Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.
'Anak awak tu tak balik ke?' tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.
'Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,' balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.
'Nak ke mana pulak tu?' tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.
'Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat ubi kegemarannya. ' Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.
Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.
'Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?'
'Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.'
'Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,' suruh Mak Pah.
'Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu.'sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.
Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati, membuat anaknya itu menyisihkan diri.
Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari. 'Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.'
'Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,' usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.
'Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,' jawab Pak Uwei sinis.Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan makdan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.
'Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ,' ujar Intanmenghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabaryang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.
'Apa hal... kamu nak kahwin ke?' soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.
Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yanghilang dulu mula menyatu. 'Abah ni... ke situ pulak....'
'Habis tu?'
'Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.'Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.
'Apa??' Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.
'Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kalikecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijakseperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,' tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.
'Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,' luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.
'Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan.'
'Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan...'ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.
'Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,' MakPah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.
'Mak ni... ,' gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.
Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembiran bercampur hiba.
'Semua dah siap ke mak?' tanya Intan menjenguk ke bilik emaknyamemerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.
'Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?'
'Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.'
'Hah, awak dengar tu.... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah, ' tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu.
'Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,' pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telahmenunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.
'Kenapa resah aje ni, bang?' Mak Pah terjaga.
'Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.'
'Sabarlah, dah nak sampai dah ni,' pujuk Mak Pah.
Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.
'Mak... abah... ,' Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.
'Mana yang lain ni, kamu berdua aje?' Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.
'Mereka menanti di rumah, abah,' beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. 'Intan pun tak datang juga ke?' Tanya PakUwei terasa hampa.
'Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.' Mak Pahmenggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulutsuaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. 'Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit diapanggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.' cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman yang sedang memandu. 'Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,' balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. 'Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu, abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?' 'Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,' ajak Azman menukar tajuk perbualan. 'Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,' tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak LongBasri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata. 'Mak dengan abah sihat ke?' tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.'Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?' MakPah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.
'Naik dulu Ngahnya...,' suruh Long Semah.
'Intan mana?' Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik> Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar. 'Az... mana Intan? Mana adik kau Az?' tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. 'Sabar abah... ,' Muaz menggosok belakang abahnya.' Kenapa Az ... kenapa?' Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan. 'Mak... Intan dah tak ada mak,' Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.
'Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,' pujuk Long Semah yang masih belum pulang.'Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,' Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.
'Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?' tanya Mak Pah tersedu sedan.'Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak. Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hariJumaat mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,'cerita Muaz. Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,'Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..'


Tamat....


Buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini. Harta benda hanyalah sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita bernyawa. Renung-renungkan...

dilema

kamu tau ape maksud perkataan DILEMA?

saya dalam dilema.

runsing.pening.emo

semoga apa jua keputusan yg dipilih adalah yg terbaik.

doakan saya (T__T)